Budaya lepak yang menyaksikan remaja menghabiskan masa di tempat awam seperti kompleks membeli-belah, perhentian bas, taman bunga dan sebagainya masih menjadi agenda yang tidak ada penyelesaian hingga ke hari ini.
Lepak di kalangan remaja ini pasti dikaitkan dengan isu-isu penyalahgunaan dadah, jenayah meragut, AIDS dan seks bebas serta pembuangan anak.
Gejala sosial lepak khususnya di kalangan remaja mendapat perhatian serius kerana ia melibatkan belia di kalangan umur 15 hingga 25 tahun dan pelajar-pelajar sekolah menengah.
Mereka ini melepak di pusat-pusat hiburan video dan di tempat-tempat awam sewaktu, sebelum dan selepas waktu persekolahan.
Budaya lepak bukanlah tingkah laku semula jadi, ia dihasilkan oleh persekitaran melalui pemerhatian terhadap orang dewasa.
Golongan remaja perlu memperbaiki diri mereka dari segi pendidikan atau kerjaya supaya dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara, namun perkara ini pasti tidak akan tercapai sekiranya anak-anak muda terus melakukan perbuatan sia-sia itu.
Kegiatan melepak jelas tidak berfaedah dan sangat merugikan. Ini dinyatakan dengan jelas dalam surah Al-Ashr:3, yang bermaksud ``Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh...''
Aktiviti melepak mempunyai kaitan dengan isu keselamatan negara kerana elemen yang tidak diingini mudah menyerap dan meracuni fikiran dan tindakan remaja yang melakukan kerja yang sia-sia itu.
Aku Kecewa!!!
12 years ago

6 comments:
jgn lepak2 yek walaupon seminit tau...-ieyratoin-
lepak biar b'tmpt...
huhuhu
budaya lepak ni susah nak bendung,kadang org di sana pun lepak jgk hahahaa
Salam, LEPAK? acap kali isu ini di dengari mesti kita akan kaitkan dengan remaja. Adakah ini perlu disalahkan kepada remaja semata-mata. Bagaimana pula, makcik-makcik yang selalu bersidai di tepi rumah mengumpat jiran2? atau pakcik-pakcik yang ke kelab dangdut?
Jangan tahu hanya salahkan remaja sahaja.
"Mengetuk dulang, paku terserepih, mengata orang, mereka yang lebih"
Cheers!
lepak biar dapat benda yang berfaedah. jangan lepak dok gosip ajer hehee
wasalam..
betul tue..lepak ni bkn dikalangan remaja je..
Post a Comment