CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

tEnTang Saya

My photo
pendang, Kedah, Malaysia
...salam.. firstly, my name nur azyyante. umu baru 20thn.. adik beradik sy 6org..saya nie anak sulong.. tapi sy nie manja la ckit wlpn ank sulong..manja dgn my mom n my dad je la..lastly, thanks coz tengok2 blog sy nie..

Wednesday, November 5, 2008

Budaya Mengumpat

mengumpat nie sebenarnya la perkara yang menyeronokkan...tapi sebelum tue sy bg maksud mengumpat dlu erk....
Mengumpat adalah bercerita keburukan orang lain dengan tidak mendatangkan faedah yang nyata kepada pencerita atau yang mendengar cerita.
Memang naluri manusia akan rasa seronok apabila orang lain mempunyai sifat yang lagi buruk dari kita. Ini membuatkan kita nampak baik, bagus dan berada di status yang lebih tinggi. Jadi untuk mencapai status itu kita akan cuba pastikan semua orang tahu akan keburukan orang lain. With the intention of making we look damn good. Bila saya bercerita pasal seorang rakan saya yang kena tangkap basah, in what ever sense pun, sort like bercerita akan kebaikan saya yang tidak terjerumus dalam gejala tidak sihat sebegitu. Jadi sebab utama manusia mengumpat adalah untuk membuatkan hati sendiri puas melihat keburukan orang lain dan untuk menampakan diri mereka bagus.

mengumpat nie selalu kita dengar perempuan yang selalu mengumpat.. tapi laki pun ada gak mengumpat.. sama jer.. tapi kan antara laki dan perempuan nie kan bagi saya perempuan la yang kuat mengumpat..

saya pun suka gak mengumpat-mengumpat nie..saje nak tambah dosa kan...

mat rempit...







mat rempit...mat rempit...
inilah aksi yang mencabar... jgn tiru kat rumah tau...




Mat rempit ialah gelaran yang diberikan kepada penunggang motosikal yang bersikap buruk dan menunggang secara membabi-buta di jalan raya terutamanya pada waktu malam. Mereka menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, apatah lagi pengguna jalan raya yang lain.




inilah akibat apabila terlebih merempit....

seram kan..






Sunday, November 2, 2008

Sahabat

Sahabat Bukan Macam Papan Skate...
Belum Main... Gilap...
Dah Main... Pijak...
Sahabat Bukan Macam Bola Sepak...
Belum Dapat... Kejar...
Dah Dapat... Tendang...
Sahabat Bukan Macam Bulu Tangkis...
Belum Main... Pegang...
Dah Main... Pukul...
Sahabat Ibarat Macam Bola Ragbi..
Belum Dapat... REBUT...
Dah Dapat... LINDUNGI...
Sahabat Macam Jari...
Kalau Luka Sembuh Sendiri...
Tapi HILANG... TIADA GANTI...

Budaya Lepak

Budaya lepak yang menyaksikan remaja menghabiskan masa di tempat awam seperti kompleks membeli-belah, perhentian bas, taman bunga dan sebagainya masih menjadi agenda yang tidak ada penyelesaian hingga ke hari ini.
Lepak di kalangan remaja ini pasti dikaitkan dengan isu-isu penyalahgunaan dadah, jenayah meragut, AIDS dan seks bebas serta pembuangan anak.
Gejala sosial lepak khususnya di kalangan remaja mendapat perhatian serius kerana ia melibatkan belia di kalangan umur 15 hingga 25 tahun dan pelajar-pelajar sekolah menengah.
Mereka ini melepak di pusat-pusat hiburan video dan di tempat-tempat awam sewaktu, sebelum dan selepas waktu persekolahan.
Budaya lepak bukanlah tingkah laku semula jadi, ia dihasilkan oleh persekitaran melalui pemerhatian terhadap orang dewasa.
Golongan remaja perlu memperbaiki diri mereka dari segi pendidikan atau kerjaya supaya dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara, namun perkara ini pasti tidak akan tercapai sekiranya anak-anak muda terus melakukan perbuatan sia-sia itu.
Kegiatan melepak jelas tidak berfaedah dan sangat merugikan. Ini dinyatakan dengan jelas dalam surah Al-Ashr:3, yang bermaksud ``Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh...''
Aktiviti melepak mempunyai kaitan dengan isu keselamatan negara kerana elemen yang tidak diingini mudah menyerap dan meracuni fikiran dan tindakan remaja yang melakukan kerja yang sia-sia itu.

PENGHARGAAN BUAT TEMAN

Terima kasih sahabat,
Kerana menyedarkan aku,
Betapa pentingnya hidup ini,
Diisi dengan kekuatan dan ketabahan…
Sedang aku menyusuri
Hidup ini,
Sedang aku alpa dan leka
Dengan kehidupan duniawi,
Kau datang hampiri,
Menghulur ikatan tanda
Persahabatan,
Betapa besarnya kasih ilahi,
Menemukan aku dengan kamu,
Tanganmu ku capai,
Ku gengam,
Kukuh,
Erat,
Jitu,
Lambang ikrar,
Akan kita tuju
Kecemerlangan dunia akhirat,
Terima kasih teman,
Sentiasa bersama-sama dalam
Arena perjuangan…
Sesungguhnya aku amat
Menghargaimu,
Wahai teman……